Saturday, 10 April 2021

TEH TARIK BERSAMA TUN MAHATHIR 2021

Petronas twin towers this morning @2021
Amaran lalat. Ini entri panjang.
Gambar pun banyak2.

Pagi2 subuh sepi-e.
Penulis sudah berlarian ke bandaraya.
Ada beberapa urusan seri paduka baginda yg harus diselesaikan.

NASI LEMAK MOTOR
Penulis mula2 mahu makan nasi goreng damai.
Tapi gerai arwah makcik itu tidak dibuka pula.
Jadi penulis ke Kampung Baru.
Teringin makan nasi lemak pula.
Penulis pesan nasi lemak daging dengan telor goreng.

AMANAH RAYA
Usai sarapan, penulis berlarian ke bangunan Amanah Raya pula.
Untuk kemaskini surat wasiat.
Usia makin sedikit.
Harta makin surut.
Kaum kerabat makin bertambah.

LORONG HAJI TAIB
Bukan mahu cuci screwdriver ya.
Ammvoiii.

KWSP JALAN RAJA LAUT
Mula2 mahu keluarkan duit di akaun 2.
Tapi pegawai gadis itu kata tidak boleh kalau sudah keluarkan sebelum ini.
Jadi penulis mahu keluarkan pula isinar.
"Kalau wak nak kuar isinar, boleh buat online je," kata gadis itu.
"Tapi kena install dulu apps i-akaun," katanya lagi.
Yo wes.
Penulis pun berangkatlah pulang.

MESYUARAT TINGKAP
Tengahari penulis kena cari pelabuhan (port) terbaik.
Untuk hadiri mesyuarat tingkap.
Di pusat beli belah itu, penulis tanya pelayan Kluang Station.
Yg penting mesti ada punca elektrik untuk laptop penulis.
Jadi, berlabuhlah penulis di kafe itu beberapa jam.

SOLAT JUMAAT
Penulis cuba nasib masuk ke surau di balai polis Dang Wangi.
Parkir kereta di Sogo dahulu.
Dulu pernah tidak kesampaian disini. [+ mission accomplished]
Hari ini berjaya juga.
Tapi penulis bersolat di parkir bertingkat.
Alhamdulillah.

KL SENTRAL
Penulis terpaksa batalkan.
Atas sebab2 yg tak boleh disebut disini.

BALAI SENI JALAN TUN RAZAK
"Ya wak, ditutup..." kata pakguard, "sampai bulan November nanti."
Yo wes.
Penulis pun cari muzium lain.

MUZIUM KESENIAN ISLAM LAKE GARDEN
Alhamdulillah. Muzium dibuka.
Tiket masuk rm14 untuk dewasa.
Banyak gambar2 penulis tangkap dibawah ya.
Walaupun banyak lagi dewan pameran yg penulis tak sempat terjah.
TEH TARIK BERSAMA TUN MAHATHIR
Sungguh penulis tidak sangka.
Buah cempedak nak jadi nangka.
Belum habis penulis melawat keseluruhan pameran di muzium kesenian Islam itu.
Tiba2 penulis perasan ada kumpulan kecil di kafe muzium.
Dan terkezut juga penulis bila mantan PM iaitu Tun M ada disitu.
Teh tarik bersama Tun Mahathir - tertulis bunting ditepi pintu kafe.
Penulis pun apa lagi.

Secepat kilat pun tangkap gambiran tun.
Mula2 tiada yg halang.
Tapi beberapa detik kemudian.
Adalah ahkak lampir ini sudah teriak pada penulis.
"Wak tak boleh amek gambar!" kata ahkak lampir, "sila padam sekarang!" jerkahnya lagi.
Fuyoh.

Bila penulis mencari maklumat dalam socmed.
Pun tiadalah informasi.
Yo wes lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

20 comments:

  1. Hari yang begitu padat dengan pelbagai aktiviti.. Fuh.

    ReplyDelete
  2. wah menarikla muzium kesenian dia, boleh pegi ni

    ReplyDelete
  3. semua pic menarik selamat berlarian sana sini di hujung minggu wak

    ReplyDelete
  4. Padat jadual wak. Tak pernah lagi masuk Muzium Keseniaan Islam tu. Sempat juga menangkap gambar teh tarik bersama Tun sebelum ahkak tu menegur.

    ReplyDelete
  5. merata jln ya wak... laa nape xleh amik gmbr pulak?

    ReplyDelete
  6. haritu ena mohonkan online isinar untuk makcik 2hari je duit dah masuk akaun taw. janji da update nombor telefon untuk iakaun.

    ReplyDelete
  7. Rindu nak pergi muzium ni wak. PC pernah pergi dua kali kalau tak silap.

    ReplyDelete
  8. Whoa.. teringin jumpa tun M dedepan.. huhu. moga dip urusan wak..

    ReplyDelete
  9. Padat betul la jadual..ingat jadual SA paling padat...hahaha...KL Sentral tu kenapa erk...hahahaa.....macam ada rahsia je wak...cer citer

    ReplyDelete
  10. Fuh wak, ni macam banyak entri tapi terus buat dalam satu entri.
    Terus tak tau nak komen yang mana ni..haha

    ReplyDelete
  11. byk betul xtvt nya ye....yo sesuatu sgt smp x leh amek gmbr tun M

    ReplyDelete
  12. Gambar kakak lampir tu takde?

    (Gambar akhir tu rare!)

    ReplyDelete
  13. wak, lontong kat medan selera kampung baru tu sedapp.. letak begedil dengan rendang limpa. perghhh kebulan peginya wak :P

    ReplyDelete
  14. Bz wak... dah mcm PM plak..

    ReplyDelete
  15. fuh... first time baca entry panjang mcm ni

    ReplyDelete
  16. Ini entry wak paling panjang. Saya musykil di sini. Kalau makcik tu dah arwah, memangla tutup gerai. Uish seram event tak boleh tangkap gambar. Ingat sunggun wak minum dengan Tun M

    ReplyDelete
  17. Pergh!! Cantik betul wak edit dan susun gambar-gambar tu.. Menariklah wak..

    ReplyDelete
  18. Mula-mula ingatkan baca komik...best lah wah camno nak buat tu

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat