7 SCULPTURE
Jumaat.
Doha, Qatar.
Petang wak berlarian ke pantai Corniche lagi.
Tujuan utama untuk ke tugu 7 Sculpture itu.
Sebelum ini memang banyak kali wak berhajat ke situ.
Tapi keadaan jarak jalan kaki yg agak jauh, jadi wak tangguhkan dulu.
Tapi tidak disangka ada perkhidmatan buggie gratis dalam taman untuk ke sana.
Itupun wak baru tahu bila nak berjalan kembali ke pangkal jalan. ;p
Lagipun hari ini hari Jumaat - hari cuti hujung minggu.
Diberitakan ada kesesakan penggunaan tren metro sebab ada final soccer game.
Piala Amir Cup antara al Rayyan versus al Sadd.
Tapi sebenarnya tiada apa2 lah kesesakan sangat.
Wak tengok keadaan dalam stesen metro seperti biasa saja.
Cuma ramai pekerja asing lepak2 di taman depan Museum of Islamic Art (MIA) itu.
Wak ada terfikir juga mahu ke stadium bolasepak al-Thumama.
Stadium yg baru siap dibina sempena World Cup 2022 nanti.
Kalau tengok gambar memanglah stadium yg jeliter.
Tapi bila check dlm google map, tiadalah tren metro sampai berdekatan stadium, kena pesan Uber pula.
Mungkin dilain kali wak akan cuba ke stadium itu.
Boleh khannns.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
5 comments
bagusnya ada buggy percuma. cantiknya sunset di negara pasir berdengung. definisi sesak di Doha dan di KL tak sama agaknya
ReplyDeleteWah! Blog ni dah laju loading! I like!
ReplyDeletemenarik bot2 kayu tu..byk jg..utk disewa ke?..
ReplyDeletecantik2 gambar.
ReplyDeletejadi teringat first time jejak kan kaki ke Qatar walau hanya sempat tgk pantai ni dan shopping jubah kat Filipino Market. 8 jam transit sempat lah kejap.
Lawa tengok sunset kat situ.
ReplyDeleteSalam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara