MINUMAN BEER YANG HALAL
Ironing clothes is not a hard task @2021 |
Assalamualaikum kawan2 wak semua2 lah.
Hari ini Khamis malam Jumaat.
Semalam kan wak sudah berlarian dalam al Hazm mall.
Hari ini wak macam malas mahu berlarian ke mana2.
Lagi pun kena iron pakaian sendiri.
Cuma wak kena pergi Carrefour untuk membeli groceries.
Beli roti pita arab seriyal, madu, jem aprikot, butter, buah pisang, limau, dan epal.
Juga sabun cuci pakaian, air mountain dew.
Semua dekat 70 riyal. Aduhai.
Walaupun master Lim ada bincang dia mahu jalan2 masa sunset.
Ke Katara Cultural Village dengan AWI dan ILA.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Arab bread costs only 1 riyal each pack at Carrefour @2021 |
Non alcoholic beer halal? Carrefour @2021 |
Non alcoholic beer halal? Carrefour @2021 |
Nota lalat. “Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati." Pandangan wak yg jahil dan banyak dosa ni - kalo was-was tak payahlah beli dan minum. Khanns.
9 comments
Setahu saya, satu-satunya beer yang halal adalah root beer A&W tu. 😅
ReplyDeletekat sana carrefour ada lagi ye wak, yelah kt sini kan semua dah tukar...
ReplyDeletebanyak betul pilihan air dia tu ye wak
Kordial jenama F&N perisa root bir pun dah tukar nama kepada rut-B sebab tak mahu kekeliruan dengan perkataan bir (beer) tu
ReplyDeleteminuman halal nama meragukan kan2
ReplyDeleteingt root beer A&W. tak pon butterbeer harry potter dekat ipoh tu boleh kot wak lat.
ReplyDeleteBeer halal....wak...jangan terlebih minum...ehhh...hahahahaa....larikkkkkkk
ReplyDeletesaya berani minum root beer A&W dan ginger ale je. betul tu, kalau was-was baik tak payah. minum saja air masak
ReplyDeleteUncle ni malas menggosok baju... jeans apatah lagi...
ReplyDeleteTahniah wak!
setuju dgn wak..pilihan dia tangan kita. was-was ya ga usah masuk, ga usah beli.
ReplyDeletetp dah kata halal sibuk nak letak nama beer tu dah ngape?
Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara