AL-HAZM MALL DOHA & MELAWAN KEBAKARAN - Wak Can Walk in Doha Too

AL-HAZM MALL DOHA & MELAWAN KEBAKARAN

By Wak Lat - Tuesday, October 26, 2021

Before the fire fighting class started @2021

Selasa.
Doha, Qatar.

Kol 11 pagi tadi wak pergi training untuk hari ke tiga.
Dipendekkan cerita, wak lulus training dan dapat kad keselamatan yg ditunggu2.
Kad latihan H2S dan T-Bosiet (4 tahun).
Untuk lesen potong rumput di tengah lautan.
InsyaAllah.

Petang kol 4 sudah selesai firefighting course.
Penulis cakap kat mat sopir untuk hantar ke Al-Hazm mall.
Sebab tuari kan wak dah nampak mall yg bumbung kubah dia cantik dan jeliter dari tepi jalan.

Lah, boleh mat sopir itu salah faham pula.
Nak jugak dihantarnya wak terus balik ke apartment.
Apa barang? Wak marahlah juga.
Wak dah cakap kalo sibuk sangat tolong hantar ke mall saja.
Tak payah tunggu wak.

Dipendek cerita.
Wak pun ditinggalkan di mall itu sendirian.
Mall untuk orang have-have saja.
Uniknya mall ini sebab kubahnya yg ada tulisan laser.
Okaylah wak dah tampal satu video kubah itu.

Sempat juga bersolat jemaah maghrib di surau dalam mall.
Jamban dan bilik wuduk pun siap mozek batu marmar jubin sepenuhnya.
Nak jalan pun takut terpeleset.

Balik dari mall, mula2 wak ingat nak jalan kaki saja.
Dalam 4 kilometer dan sejam perjalanan kaki.
Tapi, kemudian wak pesan Uber.
Naik Toyota Camry.
Harga tambang 14 riyal saja.

Nota lalat. Dalam kelas latihan, ada sorg mamat gendut chubby dari India. Bila kami sembang2, dia bgtau asal dari Goa. "Ooh, Portugis!" wak tahulah sejarah sikit2. Nama dia pun kacukan India dan Portugis. Wak pun ada sebut psl Melaka ada perkampungan Portugis. Dia kata ramai penduduk Goa ada passport Portugis dan boleh pergi Europe bila2 masa tanpa visa. Tapi dia sendiri tak boleh sbb mak bapak dia keje gomen. Dia juga ada sebut pasal Dr Zakir Naik. Kenapa sembunyi di Malaysia? Wak ckp, bukan bersembunyi tapi migrated. Dia tanya lagi, why? Dia patut balik India dan tell the truth. Wak bgtau, sbb takut kena torture dgn India gomen yg jahat dan bad reputation. Kami pun gelak sama2. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. kalau bermozek penuh bila kaki basah mmg licin kan wak, sesia kepeleset sakit badan

    ReplyDelete
  2. Sampai hari ni uncle masih tak nampak gambar mesin rumput wak....

    ReplyDelete
  3. Cantik nye mall dia.
    Jaga diri ye wak

    ReplyDelete
  4. Tahniah, Wak Lat.. dah dapat kad keselamatan untuk lesen potong rumput tu, bukan calang2 orang boleh dapat tu wak. Tenkiu jugak belanja gambar lantai berkilat, dapatlah tengok walau tak dapat nak pijak, hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.Tahniah wak dah lulus. Memang jeliter mall tu. Yang ni boleh pulak ye masuk tanpa 'mysejahtera' versi Doha?

    ReplyDelete
  6. Wah...wak dah pandai selfie la...dlaam video tetiba ada awek lalu...hehehe...but seriusly..kalau SA kat sana mmg x lepaskan peluang amik gambar semua tempat tu..buat kenangan

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Random Old Lalat

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Lalat Knows Who You Are

House Fly