DOA NABI YUNUS DALAM PERUT HELIKOPTER YG TERHEMPAS KE DALAM LAUT - Wak Can Walk in Doha Too

DOA NABI YUNUS DALAM PERUT HELIKOPTER YG TERHEMPAS KE DALAM LAUT

By Wak Lat - Monday, October 25, 2021

Sunset view from rooftop at the training center @2021
Pagi tadi ada salah faham.
Menyebabkan wak sampai lambat di training center.
Dan makanan lunch tidak disediakan.

Walaubagaimanapun, latihan dalam kelas dapat diikuti separuh.
Dan terus ke kolam renang untuk latihan praktikal.

Yg pertama, latihan keselamatan atas air laut dan cara selamatkan rakan2.

Yg kedua baru latihan asasi dalam badan helikopter.
HUET - helicopter underwater escape training.
Selama ini wak dengar saja rakan2 sekerja yg menjalani latihan helikopter ini.
Sekarang wak rasakan sendiri untuk pertama kalinya.
Real punya.
Tadi ada sorang rakan sekelas yg agak chubby terpaksa direject sebab tinggi kadar blood pressurenya.

1 - Selamatkan diri atas air laut.
2 - Selamatkan diri dalam air laut, tingkap heli terbuka.
3 - Selamatkan diri dalam air laut, tingkap heli terbuka. Heli terbalik.
4 - Selamatkan diri dalam air laut, tingkap heli tertutup.
5 - Selamatkan diri dalam air laut, tingkap heli tertutup. Heli terbalik.

Alhamdulillah. Wak berjaya mengharungi kesemua latihan dengan sangat mencabar.
Tercungap2 minum air laut.
Nervous itu adalah musuh utama.

Contoh video ada wak lampirkan dibawah.
Maaf, tiada gambar wak dalam video.
Tapi instructor adalah orang yg sama.

Nota lalat. Doa nabi yunus dalam perut ikan yu ialah: 

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Bacaan latin: lā ilāha illā anta sub-ḥānaka innī kuntu minaẓ-ẓālimīn
Artinya: "Tidak ada tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. sukar training tu moga selamat semuanya

    ReplyDelete
  2. wahhh mencabar nya semua latihan tu wak.... nasibla wak selamat berjaya buat semuanya

    ReplyDelete
  3. ish... seramlah tenggelam macam tu

    ReplyDelete
  4. Inshallah teman takde hal la dgn benda2 adventure ni...
    Sekarang teman kategori rakan yg chubby tu...hehehehehe. so fikir beribu kali...
    Good luck wak...semoga dipermudahkan dan sentiasa diberi keselamatan...

    ReplyDelete
  5. tahniah Wak! kalau ada video tadi boleh upload d tik tok

    ReplyDelete
  6. Well done Wak, tahniah!
    Susah latihannya ye.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Random Old Lalat

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Lalat Knows Who You Are

House Fly