Nasi lemak ayam goreng at Mama Rozie al Muntazah @2021 |
Sabtu pagi.
Doha, Qatar.
Sudah lama juga wak merancang mahu makan nasi lemak.
Minggu lepas kan wak sudah sampai di restoran mami rozie itu.
Dengan rakan2 sekerja dan klien.
Tapi kerana tiba sudah waktu tengahari, maka melepaslah nak menjamah nasi lemak.
Entri lama. + Nasi ayam penyet at Mama Rozie al-Muntazah.
Jadi, pagi2 tadi wak sudah berlarian ke al-Muntazah.
Alone matcham biasa.
Sebab master Lim tak jadi ikut - dia nak pegi al-Khor, katanya.
Naik LRT dari stesen DEEC, tukar tren di al-Bidda.
Kemudian baru turun dan keluar di al-Mansoura.
Jalan kaki sejauh 1.5km.
Ooh. Wak kan tiada data online dalam henfon cap aiyam ni.
Tapi wak dah download offline Google map semalam.
Dan teringatlah dulu ada kisah pengembara basikal di China.
Masalah komunikasi dan tiada Google di sana.
Dengan adanya teknologi terkini, masalah mencari arah menjadi perkara mudah.
Dan tiada lagi peribahasa, "malu bertanya sesat jalan."
Wak pesan nasi lemak ayam goreng sahaja.
Air mineral juga.
Total damage = 4 riyal (LRT) + 30 riyal (nasi lemak, air)
Dari restoran, wak balik jalan kaki ke stesen metro Msheireb sejauh 2km.
Banyaknya construction rancak disini dimana2, berdosa!
Maka melilau dan melencong sahajalah.
Sibbaik tak jauh sangat.
Movie lalat. The Invisible Man 2020.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sejuk mata memandang tengok nasi lemak tu.
ReplyDeleteWow, lapo nengok memalam ni, nasi lemak tu..Huhu~
ReplyDeleteWow, teruja tengok orang cuci cermin bangunan tuu..Tinggii woooo!
Alhamdulillah dapat juga merasa nasi lemak.
ReplyDeleteTerima kasih wak belanja gambar kat sana. bersih je nampak bandaraya. Bangunan gah gah.
harga nasi lemak lagi mahal dari tambang LRT. terima kasih belanja gambar-gambar cantik. huwa..bila lah dapat ke luar negara lagi. huhuhu
ReplyDeletesedap nampak nye nasi lemak tu, lebih kurang macam nasi lemak satu restoran mamak dekat umah saya ni
ReplyDeletewah ada kuih ketayap ke wak....nasi lemak dia mengoda sungguh
ReplyDelete