Sunday, 28 November 2021

GOOD NIGHT DOHA

Beef curry, white rice and 2 boiled eggs (QAR17) @2021

Ahad.
Doha, Qatar.

Petang tadi tiba2 wak mahu bersolat jemaah  di mesjid.
Jadi, usai maghrib tadi wak pun berlarian ke mesjid berdekatan  itu.

Nak dijadikan cerita.
Wak terlupa bawa sejadah lah pula.
Wak tengok kat dalam mesjid tiada disediakan sejadah plastik.
Wak nampak ada satu sejadah pink atas kerusi di sinun.
Wak ambil sejadah dan solat sunat 2 rakaat dahulu sebelum masuk Isyak.
Tidak berapa lama, ada tok siak ni datang kat wak minta tukar sejadah.
Dibaginya sejadah hijau.
Diambilnya sejadah pink yg wak sedang guna.
Dan dibawanya sejadah pink itu ke tempat solat pak imam.
Patutlah sejadah pink berbau wangi yg amat.
Tidaklah tok siak itu memaki hamun pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunset view from my apartment window @2021
Lift area @2021
Mesjid akhaleel ibraheem @2021
Mesjid akhaleel ibraheem @2021
Surah an-Naziat showing the correct marking at the beginning of ayat 17 & 18 for correct pronounciation  @2021
Doha City Center @2021

13 comments:

  1. Alhhamdulillah iman teguh tiasa

    ReplyDelete
  2. Adakah sejadah tu milik Tok Imam?
    Alhamdulillah..hari hari dapat solat di masjid.
    Cantik masjidnya.

    ReplyDelete
  3. tak sangka suka pink rupanya tok imam tu ye wak... patutla wangi semacam rupanya

    ReplyDelete
  4. nasib baik tok siak tak garang macam pak guard afrika

    ReplyDelete
  5. Luasnya masjid. Alhamdulillah sib baik siak tak cakap pape hihi

    ReplyDelete
  6. Mujur diambilnya sejadah, kalau ditariknya Wak jadi Iman hihi...
    Seronok ye Wak. berkelana di bumi orang :)

    ReplyDelete
  7. Tak tahan sejadah wangi2 ni... mesti bersin

    ReplyDelete
  8. nasi basmathi dan telur macam sedap jer

    ReplyDelete
  9. patutnya tok siak tu minta wak jadi imam jer masa tu...

    ReplyDelete
  10. laaaa wak dah ambil sejadah untuk Imam ke. Patutnya di tarik wak jadi Imam

    ReplyDelete
  11. terang dan jelas tulis Quran tu

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat