Mesjid Imam Muhammad bin Abdul Wahab Mosque @2021 |
Rabu petang.
Doha, Qatar.
Bulan lepas kan wak tak kesampaian untuk masuk ke mesjid agong ini.
Mesjid Imam Muhammad bin Abdul Wahab Mosque.
[+ 21/10/21 Mission Unaccomplished]
Petang tadi wak sudah nekad.
Sebab wak percaya mesjid dibuka pada waktu solat sahaja.
Jadi tadi pukul 4.03pm wak pesan Uber dari apartment.
Tiba di gate masuk baru pukul 4.13pm.
Seperti dijangka, pakguard afrika itu sudah halau wak keluar.
Wak kata nak solat maghrib.
Pakguard afrika suruh datang pukul 5pm.
Padahal waktu maghrib masuk pukul 4.46pm.
Jadi wak keluar dari kereta Uber dan berjalan keluar.
Jauh nun dihujung parkir.
Sebab pak guard sudah pekik2 dari tadi.
Kebetulan ada orang sedang belajar pandu drone.
Bila azan berkumandang, wak pun jalan masuk ke mesjid.
Ambil wuduk dibawah.
Tidak sempat nak join imam berjemaah.
Usai solat, wak ingat nak lepak2 sementara tunggu Isyak.
Tapi pakguard afrika yg satu lagi sudah halau wak keluar juga.
"Wak datang balik waktu Isyak nanti," katanya.
Terpaksalah wak terus keluar dari perkarangan mesjid.
Dan berjalan kaki balik ke apartment.
Nak pesan Uber pun wak kan tiada data.
Total damage: 11 riyal (Uber) dan berjalan kaki balik sejauh 3km.
Nota lalat. Duit GKP untuk rakyat marhein dah masuk. Alhamdulillah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
SUBHANALLAH CANTIKNYA MESJID N PIC SEMUA
ReplyDeleteCantiknya masjid ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat juga Wak solat di sini.
cuantiknya masjid tu wak, tapi kok susah betul nak sembahyang situ ya... lenggang je masjid kat sana
ReplyDeletekat sana SOP ketat betul ye wak... sampai nak duduk kat masjid waktu senggang sementara tunggu waktu pun tak boleh
Cantik sangat. Alhamdulillah.
ReplyDeleteMasyaAllah cantik sungguh masjidnya.
ReplyDeleteTapi kemain tegas guard tu kawal ya.
Jauh jugak nak berjalan kaki 3 km, tapi bagusnya dapat melihat-lihat tempat orang dengan lebih santai.
Masjid dah tahap kompleks ni...
ReplyDeleteTegas pengawal masjid tidak bagi lepak.
ReplyDeleteSubhanallah...
ReplyDeleteDuit GKP nak buat rolling kerja encik suami..si isteri ni jangan kacau. Semoga ada untung lebih sikit buat beli cincin omeh sebijik
masjid mmg lawa tahap gila..
ReplyDeletetenggelam tak kaki pijak karpet tu...
dunia dah sampai hujung wak...kalau orang nak masuk masjid..tegas bebenor...
yang masuk dalam mall, restaurant, kapal terbang tu..takde la tegas sangat...
siap ada konsert lagi....hmmmmmm
Cantik sangat seni binaan masjid ni wak. Alhamdulillah ada juga rezeki wak dapat masuk dan menunaikan solat kat sini walaupun mencabar juga nak masuk. Sabar je lah
ReplyDeleteSubhanallah! Cantiknya masjid tu! Tapi tak kool lah pak guard pekik2 main halau...
ReplyDeleteCantiknya masjid ni Wak. Berbaloi la dapat juga solat sini walau kena marah dengan pak guard. Sabo jelah
ReplyDeletewak masjid besar-besar penuh masa solat jumaat aje ke wak
ReplyDelete