TIADA KEPERLUAN BELAJAR BAHASA ARAB - Wak Can Walk in Doha Too

Waktu Solat (Qatar)

TIADA KEPERLUAN BELAJAR BAHASA ARAB

By Wak Lat - Tuesday, November 09, 2021

Please hover your mouse to see comments from mrhanafi.


Selasa.
Doha, Qatar.

Soalan dari rakan blogger, mrhanafi.
"Untuk berada di sana wajib berbahasa Arab ke wak?
nak juga melancong nie ke tanah arab."

Qatar adalah bekas negara jajahan British (1868-1971).
Jadi, bahasa Inggeris adalah bahasa utama disini.
Bahasa rasmi masih tentunya bahasa Arab ya.

Selama wak berada lebih sebulan disini.
Tiada langsung perjumpaan dengan orang2 tempatan Arab.
Itupun ada di kedai Ooredoo, yakni kedai jual simcard.
Lagipun mereka bisa berbahasa Inggeris kok.
Dan khutbah sembahyang Jumaat memanglah 100 peratus bahasa Arab ya.

Setakat ini kelau jumpa orang2 arab.
Wak cakap "jazakallah khair,"  dan "afwan" saja.
Itupun mereka balas "thank you."

Selain itu, bersepah2 orang2 Filipin dan India dan Pakistan.
Tapi Filipin lah paling ramai.
Kalau campak batu di tengah bandaraya Doha ini mesti terkena orang Filipin.

Jadi, tiada keutamaan belajar bahasa Arab.
Tapi mestilah tahu cakap Inggeris atau Tagalog.
Sebab wak perasan juga banyak papantanda poster ada tulisan tagalog.

Selain itu, juga wak perasan.
Ramai saja pekerja buruh tepi jalan dari India yg langsung tak tahu bahasa Inggeris.
Boleh saja mereka hidup dan mencari rezeki disini.

Cerita lain.
Pagi tadi wak berkenal dengan sorang engineer dari India.
Kumar dari Chennai yg berbahasa Tamil.
"Wak tahu cakap Tamil?" tanyanya.
Sebab dia tahu ramai orang bangsa India di Malaysia.
Dan bila wak tanya pasal Shah Rukh Khan dan Bollywood.
"Saya tak minat Bollywood movie, only Tamil movies," katanya.
Wak pun beritahu juga yg wak minat movie Tamil tak kurang menarik dan berkualiti.
Tapi dia tak boleh cakap Hindi, "hanya Tamil dan English sahaja."
"Sebab English bahasa rasmi India," katanya lagi.
Ooh, baru wak tahu. 
Ingatkan bahasa Hindi bahasa rasmi India.

Cerita berkaitan.
Tadi masa di apartment tingkat 24.
Ada sorang mamat India (Malaysia) disitu.
Kami mula2 cerita pasal pengeluaran duit cash di Doha ini.
Dia (tak tahu nama lagi) dan master Lim sarankan guna debit card.
Kemudian tiba2 mr Naresh (India Chennai) bercakap dgn mamat India (Malaysia) tadi.
Mereka berdua cakap bahasa Tamil.
Jadi wak ceritalah pasal engineer Kumar pagi tadi.
Mr Naresh pun ceritalah panjang lebar.
Di India, bahasa Hindi digunakan dibahagian utara India.
Manakala bahasa Tamil di selatan pula.
Sebab itu ramai antara mereka sendiri pun berbahasa Inggeris.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. tergelak saya baca tentang baling batu tengah Doha tu. Terima kasih atas pencerahan. Doha memang jadi tumpuan warga dunia mencari asing. Unik betul ye papan tanda dalam bahasa tagalog

    ReplyDelete
  2. Oh, kalau tak, mahunya kena masuk kelas Bahasa Arab, kan. Dari kisah campak batu tu, nampaknya orang Filipina paling ramai di sana ya.

    ReplyDelete
  3. ramai juga ye orang asing di sana. dah macam malaysia jugak, campak batu mesti kene kepala bangla. hahaha

    ReplyDelete
  4. Okey, apa yang dapat saya simpulkan... jangan baling batu dekat tengah bandaraya Doha. Nanti kena orang Filipina hahahaha kan wak kan? :D

    ReplyDelete
  5. Ramai orang Philipine eh..Macam macam saya baru tahu membacanya. Agak pusing nak faham dengan kenyataan masing masing tentang bahasa ibunda India sebebenarnya. Huhu..Boleh pulak English bahasa rasmi India. Aduh, pening.

    ReplyDelete
  6. terima kasih wak bagi pencerahan dengan soalan saya..

    baru saya tahu Doha tidak mengutamakan bahasa Arab dan penduduk asing pulak ramai di situ

    ReplyDelete
  7. Ingatkan kena pandai bahasa Arab...camni kena terer belajar bahasa tagalog lah wak sebab campak batu kena orang Filipina.

    ReplyDelete
  8. Oh baru tahu rupanya hindi femes belah utara tamil femes belah selatan.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Random Old Lalat

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Lalat Knows Who You Are

House Fly