Monday, 22 November 2021

SEPERTI PUNGGUK RINDUKAN BULAN

Thanks to the arab girl who shares this moon picture just now.
Souq Waqif, Doha, Qatar @2021

Ahad.
Doha, Qatar.

Semalam wak ada terlihat dalam tiktok.
Ada seorang pakcik ditengah laman di Souq Waqif.
Dengan seketul teropong jauh (baca, telescope).
Boleh melihat bulan dengan dekat.
Dan boleh nampak planet Musytari (baca, Jupiter), dan Zuhal (baca, Saturn).
Musytari dengan 79 bulan2.
Zuhal dengan  lingkaran cincin yg menarik.
Marikh tidak kelihatan, kena tunggu 2 - 3 bulan lagi.

Nama pakcik arab ini ialah Amro Mahmoud dari Mesir.
Harga penggunaan teleskop ialah 5 riyal sahaja.

Dipendek cerita.
Wak pun berlarian ke Souq Waqif usai maghrib.
Tapi maghrib masuk jam 4.46pm.
Awal sangat untuk ke sana.
Lagipun pakcik arab ini akan bermula aktiviti pada jam 8 malam.

Jadi wak singgah di City Center mall dahulu.
Tengok2 henfon model terbaharu disudut henfon lah.
Dan sempat solat isyak dahulu di surau.
Waktu Isyak pula ialah pukul 6.16pm.

Wak naik lrt dari DEEC dan turun di Msheireb.
Kemudian naik lrt laluan kuning ke Souq Waqif.

Bila tiba di laman Souq Waqif.
Jam baru pukul 7.30 malam.
Tapi pakcik arab sudah ada disitu.
Dan ramailah juga orang2 yg berebut2 mahu melihat planet2.

Rasa tidak selesa pula wak.

Bila tiba giliran wak.
Rasa tidak puas hati pula.
Sebab melihat planet menggunakan kanta lensa yg kecil.
Bila pakcik arab itu cuba tangkap gambar guna henfon cap ayam wak.
Dia kata tidak boleh sebab kamera henfon wak tidak sesuai.
Aduhai.

Kebetulan ada awek arab ini.
Tiba2 datang bertanya dan juga mahu menggunakan teleskop.
Pakcik arab terus tangkap gambar guna henfon awek.

Pakcik arab kemudian janji akan bagi gambar melalui whatsapp.
Pakcik arab berikan nombor henfonnya.
Dan wak minta nombor henfon awek arab juga.

Sebelum pulang ke gagang.
Wak singgah  di kedai2 disitu.
Tengok2 harga baju t-shirt Qatar.
Dan terbeli topi besbol - 2 biji.

Bila sampai dirumah.
Pakcik arab sudah hantar gambar2 planet.
Tapi masalahnya - problem.
Gambar2 planet semua tidak terkini.
Gambar bulan pun tidak mengambang macam tadi.
Walaupun ada gambar bulan gerhana merah.
Dan video2 bulan yg lain.
Wak pun tanya pakcik arab tadi nak dapat gambar bulan penuh seperti malam tadi.
Sampai sekarang pakcik arab pun tidak balas.

Wak sungguh tidak puas hati.
Kebetulan wak ada nombor henfon awek arab tadi.
Wak pun tanya dengan elok2.

Tidak sangka juga awek arab itu sungguh baik hati.
Dia pun layan wak dan berikan gambar2 yg diambilnya tadi.

Wak pun berasa gumbira lah sedikit.

Ooh. Esok Isnin, wak nak puasa nazar hari ketiga dan terakhir.
Sempat tadi beli burger chicken mushroom di McD untuk bersahur.

Nota lalat. Wak perasan perwatakan pakcik arab ini agak keras. Komunikasi pun tidak mesra alam. Dia larang wak ambil gambar awek arab tengah guna teleskop. Dan dia macam marah2 bila wak minta nombor whatsapp awek arab tadi. Tapi kalau awek tidak bagi nombor henfonnya, sudah tentu tidak dapat gambar bulan yg cantik dan jeliter seperti diatas kan. Yo wes lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Souq visitors get a chance to see some planets through a telescope.
Please hover your mouse to see my own camera capture of the moon.


14 comments:

  1. Kat sana pun ada burung pungguk ye wak lat

    ReplyDelete
  2. awek arab tu share gambar bulan je kan?? ke wak ada mintak gambar awek tu juga?
    hahahha..maafkan soalan nakal mak-mak ni

    ReplyDelete
  3. ehem... kongsi la nombor awek tu...?

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah maka dapat juga yang di sini melihat rupa bulan akibat kebaikkan hati awek itu.

    ReplyDelete
  5. Canggih alatnya cuma curious gak ni... memang boleh nampak betul ke Wak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye cikkak hazel, leh nmpk permukaan bulan dgn lebib jelas.. dan juga leh nmpk planet lain tapi x berapa nak jelas sgt..

      Delete
  6. panjang juga cerita wak kali ini..

    tapi seronok pulak baca

    ReplyDelete
  7. Mana gambar awek arab..pedulikan la pakcik tu dia jeles la tu..kami sebulat suara nak gambar awek arab bukan gambar bulan...muahahahahahahaha

    ReplyDelete
  8. haah wak mana awek Arab tu nak tenguk rupa juga.

    ReplyDelete
  9. SubhanaAllah cantiknya muka bulan tapi kalau dekat nampak lekuk-lekuk dia.

    ReplyDelete
  10. Pak Arab tu jeles kut nanti orang tak nak tenguk guna teleskop dia tapi guna HP awek Arab

    ReplyDelete
  11. Oh! patutlah ada orang cakap muka macam bulan bila ada jerawat gerutu.
    Bulan dari jauh cantik dari dekat lu tengok la sendiri muahahhaaa...

    ReplyDelete
  12. Orang Arab memang pantang orang luar kacau orang perempuan Arab. Sebab tu lah kot bekeng

    ReplyDelete
  13. MasyaAllah nampak jelas gambar bulan tu. Mujurlah masih ada orang Arab yang baik hati nak berkongsi gambar bulan. Apalah yang dia tak puas hati dengan wak tu. Takpelah wak, tempat dia kan. Sabar je lah.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat