PURCHASING FIFA ARAB CUP 2021 TICKET
DEC near al-Gassar station @2021 |
Selasa.
Doha, Qatar.
Petang tadi wak berjalan kaki sahaja ke stesen metro LRT al-Gassar.
Limpas jambatan al-Wahda bridge.
Tujuan untuk beli tiket menonton bolasepak Fifa Arab Cup 2021.
Orangramai agak ramai di dewan DEC itu.
Pembelian tiket mudah sahaja.
Wak pilih game UAE vs Mauritinia, tiket 25 riyal.
Nak pilih game Mesir vs Sudan tak jadi sebab tiket mahal (45 riyal).
Siap kena pujuk mamat arab di kaunter itu.
"La fulus," wak beritahu.
Mamat arab kaunter ketawa sahaja.
Wak guna kad kredit Visa RHB bank yg kena block tempohari.
Dan cabaran seterusnya kena ambil Fan ID pula.
Ada permohonan baru dan ada permohonan online.
Kena beratur panjang.
Bila ambil nombor giliran, kena tunggu dekat 300 orang.
Bila wak perhatikan, nampaknya kena tunggu 3 jam!
Aduhai.
Dipendek cerita.
Hampir sejam tercengang dengan stress disitu.
Wak terpaksa juga potong queue.
Akhirnya dapat juga memohon kad Fan ID.
"Tapi wak kena tunggu approval dulu," kata awek Jamaica di kaunter 7 itu.
"Nanti sistem akan hantar mesej kat henfon wak," katanya lagi.
Nota lalat. Pagi tadi pukul 7.26am (12.26pm Singapore time).
Ada mamat dari Singapore call wak.
Nak offer kerja segera.
Mula2 dia kata nak suruh start dalamasa 2 minggu.
Tapi wak kata skrg kat Doha.
Ada ke patut dia suruh wak terminate contract segera.
Perbualan dalam 5 minit gitu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
My ticket UAE vs Mauritania @2021 |
11 Comments:
salam, kami meraikan KL menang piala Malaysia hihiiii
minat mampu atasi cabarannya kan wak
yea..KLCity menang..yahooo...
payah bebenor nak tengok bola nyer wak..
3 jam tunggu ramai2 dalam kawasan tertutup..jeng2jeng2..hati2 yea...
mahal la tu tengok Mesir ada mohamad salah. OK gak tu UAE ada Omar Abdul Rahman.
Harga tiket tu ikut team yang main ke?
Nanti sponsor tiket WC ye Wak :p
wak penyokong UAE atau Mauritania?
Syoklah wak dapat tengok match live. Wak sokong mana tu?
wah bestnya wak...live lagi di tempat best lagi
cat 1,2,3 dan 4 tu ikut seat ke wak
Esok kami warga KL bercotiiiiiiiiii!!!!!
Post a Comment
Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home