Sunrise at Friday Beach, Doha, Qatar @2021 |
Ahad.
Doha, Qatar.
Pagi2 usai solat subuh, wak pun berjalanan ke tefian fantai.
Movie lalat. United 93.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Ooredoo headquarter, Doha @2021 |
Sunrise at Friday Beach, Doha, Qatar @2021 |
Ahad.
Doha, Qatar.
Pagi2 usai solat subuh, wak pun berjalanan ke tefian fantai.
Movie lalat. United 93.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Ooredoo headquarter, Doha @2021 |
The Gatemall, Doha, Qatar @2021 |
Sabtu.
Doha, Qatar.
Assalamualaikum semua kawan2 wak lah.
Petang tadi wak rasa bosan tahap sederhana dalam bilik apartment.
AWI kata tak nak pergi ke The Pearl seperti yg dirancangkan semalam.
"Mcm x rajin pulak. Sy plan nk topup barang dapur," kata AWI dalam whatssapnya.
Jadi sebelum senja, wak pun berjalan ke mall berdekatan.
The Gatemall seberang jalan dari City Center mall yg happening itu.
Tiada lah yg menarik didalam mall ini.
Hanya beberapa kedai menjual pakaian branded dan mini Tesco.
Ada klinik pakar specialist dan farmasi di tingkat paling atas.
Selepas itu, dalam perjalanan balik, wak pun singgah ke City Center mall.
Memang padat dengan orang ramai.
Carrefour dia pun selalu penuh.
Bayangkan ada dua kedai Starbucks, KFC, Pizza Hut, McD dll.
Usai solat maghrib di surau, wak pun pulang ke pangkal jalan.
Wak tak beli apa2 pun.
Kamus lalat. Tajuk itu "walk walk washing eyes" bermaksud, jalan-jalan cuci mata ya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
The Gatemall, Doha, Qatar @2021 |
The Gatemall, Doha, Qatar @2021 |
City Center mall, Doha, Qatar @2021 |
My double beds bedroom @2021 |
Pagi tadi rumah apartment dibersihkan oleh cleaners.
Memang rutin housekeeping mingguan setiap hari Jumaat.
Kol 11am, wak pun bersiap ke mesjid berdekatan.
Bersolat jemuah seperti biasa.
Petang wak pergi ke Mall of Qatar bersama AWI dan master LIM.
Tak sangka juga sebab mall memang sebelah metro station al-Raffa (green line).
Dari DECC (red line), tukar tren di Msheireb.
Al-Raffa adalah stesen terakhir.
Solat maghrib berjemaah di surau dalam mall itu.
Juga dinner dalam foodcourt disitu.
Selepas itu kami terus merayap dalam Msheireb old town.
Kol 9.30pm pun kami pulang ke gagang.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
The living hall @2021 |
Friday prayer in Doha @2021 |
Mall of Qatar @2021 |
Collage Mall of Qatar 01 @2021 |
Collage Mall of Qatar 02 @2021 |
Collage Miscellaenous 04 @2021 |
A Portrait ofMonan Liza wearing Arabic clothing (Niqab and Abbaya) by Munera Bint Elssa 2020 |
Good morning Doha city @2021 |
Khamis.
Doha, Qatar.
Pagi2 tadi wak dah berlarian ke tefian fantai.
Sebab sudah beberapa hari wak tak senaman di waktu pagi.
Walaupun wak sampai awal.
Dan tunggu dan tunggu dan tunggu.
Cahaya matahari agak kusam, pudar dan tidak berseri pagi ini.
Hampir sejam mengelamun di situ, wak pun balik ke gagang.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Doha city this morning @2021 |
Friday Beach this morning @2021 |
An egg yolk sunrise, Friday Beach Doha @2021 |
Company meeting this morning with client @2021 |
Ironing clothes is not a hard task @2021 |
Assalamualaikum kawan2 wak semua2 lah.
Hari ini Khamis malam Jumaat.
Semalam kan wak sudah berlarian dalam al Hazm mall.
Hari ini wak macam malas mahu berlarian ke mana2.
Lagi pun kena iron pakaian sendiri.
Cuma wak kena pergi Carrefour untuk membeli groceries.
Beli roti pita arab seriyal, madu, jem aprikot, butter, buah pisang, limau, dan epal.
Juga sabun cuci pakaian, air mountain dew.
Semua dekat 70 riyal. Aduhai.
Walaupun master Lim ada bincang dia mahu jalan2 masa sunset.
Ke Katara Cultural Village dengan AWI dan ILA.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Arab bread costs only 1 riyal each pack at Carrefour @2021 |
Non alcoholic beer halal? Carrefour @2021 |
Non alcoholic beer halal? Carrefour @2021 |
Nota lalat. “Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati." Pandangan wak yg jahil dan banyak dosa ni - kalo was-was tak payahlah beli dan minum. Khanns.
Before the fire fighting class started @2021 |
Selasa.
Doha, Qatar.
Kol 11 pagi tadi wak pergi training untuk hari ke tiga.
Dipendekkan cerita, wak lulus training dan dapat kad keselamatan yg ditunggu2.
Kad latihan H2S dan T-Bosiet (4 tahun).
Untuk lesen potong rumput di tengah lautan.
InsyaAllah.
Petang kol 4 sudah selesai firefighting course.
Penulis cakap kat mat sopir untuk hantar ke Al-Hazm mall.
Sebab tuari kan wak dah nampak mall yg bumbung kubah dia cantik dan jeliter dari tepi jalan.
Lah, boleh mat sopir itu salah faham pula.
Nak jugak dihantarnya wak terus balik ke apartment.
Apa barang? Wak marahlah juga.
Wak dah cakap kalo sibuk sangat tolong hantar ke mall saja.
Tak payah tunggu wak.
Dipendek cerita.
Wak pun ditinggalkan di mall itu sendirian.
Mall untuk orang have-have saja.
Uniknya mall ini sebab kubahnya yg ada tulisan laser.
Okaylah wak dah tampal satu video kubah itu.
Sempat juga bersolat jemaah maghrib di surau dalam mall.
Jamban dan bilik wuduk pun siap mozek batu marmar jubin sepenuhnya.
Nak jalan pun takut terpeleset.
Balik dari mall, mula2 wak ingat nak jalan kaki saja.
Dalam 4 kilometer dan sejam perjalanan kaki.
Tapi, kemudian wak pesan Uber.
Naik Toyota Camry.
Harga tambang 14 riyal saja.
Nota lalat. Dalam kelas latihan, ada sorg mamat gendut chubby dari India. Bila kami sembang2, dia bgtau asal dari Goa. "Ooh, Portugis!" wak tahulah sejarah sikit2. Nama dia pun kacukan India dan Portugis. Wak pun ada sebut psl Melaka ada perkampungan Portugis. Dia kata ramai penduduk Goa ada passport Portugis dan boleh pergi Europe bila2 masa tanpa visa. Tapi dia sendiri tak boleh sbb mak bapak dia keje gomen. Dia juga ada sebut pasal Dr Zakir Naik. Kenapa sembunyi di Malaysia? Wak ckp, bukan bersembunyi tapi migrated. Dia tanya lagi, why? Dia patut balik India dan tell the truth. Wak bgtau, sbb takut kena torture dgn India gomen yg jahat dan bad reputation. Kami pun gelak sama2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.