A happy old man after 100 days in Doha, Qatar @2021 |
Rabu.
Doha, Qatar.
Petang semalam (Selasa), wak berlarian ke Souq Waqif.
Mula2 niat nak ambil gambar di tefian fantai Corniche.
Dekat dengan The Pearl Monument, menghadap bandar Doha diwaktu malam.
Dan diwaktu sama, wak nak juga cuba bersolat di masjid Spiral itu.
Tapi disebabkan sampai di Souq Waqif pun sudah lewat.
Waktu Isyak pun sudah mahu masuk.
Jadi wak berlarian ke masjid Spiral dahulu.
Tapi tidak disangka juga.
Masjid Spiral ditutup.
Terpaksalah wak jalan2 di pasar Filipin berdekatan.
Tiada yg menarik pun.
Lagipun tiada ruang untuk pejalan kaki disebabkan construction.
Dan wak singgah di mesjid berdekatan untuk solat berjemaah Isyak.
Tapi mamat India yg jaga kata tak boleh ambil wudhu disitu.
Kena ambil jauh kat dalam pasar Filipin.
Yo wes lah.
Ooh. Pasal Tajuk.
Dah macam 100 hari jadi PM pula.
Esok (Khamis, 30 Disember 2021) sebenarnya genap 100 hari wak berada di negeri pasir berdengung ini.
Alhamdulillah, masih bernafas.
Link: Doha Quarantine Day 1
Kalau diikut perancangan awal.
Wak sepatutnya sudah berada di sini sejak tahun lepas, yakni April 2020.
Tapi disebabkan wabak virus covid19 yg melanda.
Terpaksalah work from home lebih 18 bulan lamanya.
Terimakasihlah kepada semua kawan2 blogger wak.
Yang sudi jenguk2 komen2 blog merapu wak ini setiap hari.
Tiadalah hadiah yg lebih besar daripada ucapan terimakasih daripada wak yg jauh dimata.
Semoga kita semua jadi rakan2 blogger yg baik2.
Aminn ya robbal alamein.
Tiba2 wak terasa mahu makan steak pula esok.
Kata orang, jangan menzalimi diri sendiri kann.
Khannns.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
assalam wak...
ReplyDeletelainnya wak, dah berjambang..dah mcm orang local..
ReplyDeletewah dah 100 hari di sana lama tu kalau tanam sawi dh boleh tuai
ReplyDeleteWah! dah 100 hari ye Wak.
ReplyDeleteKalau lama lagi ajaklah orang rumah bercuti kat sana.
Seronoknya eh! hahaaa...
Seronok baca Dan pohat gambar wak kat negara pasir berdengung tu. Nak sampai sana ntah bila la
ReplyDeleteDah achieved 100-day KPI, bolehlah belanja diri sendiri steak Wak :D
ReplyDelete100 hari dah berjauhan dari anak isteri. tak dapat nak ke oversea, jalan-jalanlah blog Wak ni menjamu mata dan mendengar cerita luar negara. terima kasih berkongsi
ReplyDeleteTahniah wak atas 100 hari di negara pasir berdengung...
ReplyDeletemakan steak + camp fire kat fadang pasir la wak...baru thrillll....
Berapa KPI nak bagi ni?
ReplyDelete:D
Dalam tak sedar dah 100 hari dah wak di negara orang. Gambar ni boleh buat cover majalah wak. Terang jelas betul gambarnya waktu malam.
ReplyDeleteSemoga dimakbulkan hajat wak nak makan steak esok sempena 100 hari berada di Negara Pasir Berdengung. Kalau ada tikar terbang, boleh zam zam alakazammmmm ke sana, join wak makan steak 😜
ReplyDeleteteringin bebenor nak melancong ke sini jika ada rezeki...
ReplyDeleteLama tak dgr khabar berita, tau2 dah di Doha. Hebat Wak ni ...jauh ke depan langkahnya
ReplyDeleteWah dah 100 hari ye Wak.
ReplyDeleteJangan lupa share gambar steak nanti. Selamat Tahun Baru 2022.
Cantik gambar gambar menampakan kehebatan negara Doha.
ReplyDeleteselamat tahun baru wak
ReplyDeleteKena letak gambar hari pertama sebelah hari ke-100 ni Wak…hehe
ReplyDeleteSeronok baca perkongsian Wak, gambar pun cantik semua.
bestnya dapat merasa pengalaman di negara orang. alhamdulillah walaupun tertunda kedatangan tu tapi tetap juga sampai dengan selamat
ReplyDeletejadi solusinya kena pergi makan steak atau tak perlu makan? hahahah
ReplyDeletetahniah wak kerana berjaya sampai 100 hari di Diha
ReplyDeleteJaga diri baik2 wak dekat tempat orang. moga sihat sihat selalu disana
ReplyDelete